Moga pengorbanan yg di lakukan berbayar dengan harga sebuah kebahgiaan..
The best ni novel..'rindu tercipta'
auto air mata mengalir sambil baca novel ni..perjalanan hidup yg sukar..
sedih betul mengusik kenangan arwah mama sy saat kehilngan nya..sy tau macam mana rasa kehilangan,sakit,pedih,tak mampu untuk melangkah menerima keadaan tu tapi kita kena redha andai itu sudah takdirnya..mama sy tiada sakit tapi dia kena 'LONTONG'perut sakit dan membengkak semakin besar,orang bilang 'LONTONG' ni perbuatan sihir orang(ilmu hitam)sukar untuk di ubati hanya orang2 tertentu saja yg pandai membuangnya,menurut cerita orang lontong ni di buat daripada air mayat(air yg di gunakan memandikan mayat)dengan menggunakan jampi tertentu dan di jadikan seperti racun,kemudian air itu akan di celitkan.
18.12.2004(mama pergi)
Saat mengumpul sejuta semangat untuk sy bertahan selepas kepergian mama..satu satunya org yg sentiasa di sisi sy memberikan semangat'babah'..babah adalah harapan utk bertahan..tak terasa 11tahun mama pergi..begitu cepat waktu meninggalkan cerita sedih itu rasa masih seperti sebulan dua berlaku..masa tu selepas sy habis menjalani peperiksaan PMR.
.berapa minggu kemudian mama sakit perut,waktu tu jam 12tghmlm,tak tau kenapa sy yg temani babah pg hospital sama mama masa tu,sampai hospital kami terus pg emergency dan mama trus disuntik untuk tahan kesakitan,dlam 2jam lebih sy dan babah menunggu akhirnya mama di masukkan ke wad juga mlam tu untuk rawatan seterusnya,sy yg tinggal malam tu utk menjaga mama,babah pulang dan babah janji esok dia datang lagi,apa2 pun babah suruh sy call kalau ada hal berlaku,malam tu sy langsung tidak dapat tidur,sy risau tengok keadaan mama bila tersedar dia akan merintih kesakitan,kasian mama.keesokannya sy keluar pergi kantin utk beli sarapan pagi,sy belikan mama pau kacang hitam dan air susu,itu ke sukaan mama tapi mama tak ada selera utk mkan semua tu.
Muka mama pucat seolah2 tiada darah waktu tu,sy tahu mama menahan kesakitan perut dia,jam10 pagi doktor datang cek mama,doktor beritahu sy mama disuruh puasa ,tidak dibenarkan makan atau minum start hari ni,sy minta kebenaran sama doktor sebelum mama puasa boleh tak sy bagi mama makan dulu sebab dari semalam mama tak makn,nasib doktor benarkan.sy pergi kantin lagi dan beli bubur nasi dan sup untuk mama,mama masih juga tak mau makan tapi sy pujuk mama supaya isi perut sikit,mama akur,perlahan2 sy suapkan mama,3 4 sudu mama cakap cukuplah,11.30 pagi mama menangis kesakitan perut,doktor datang cek mama lagi,mama kena tambah darah dan air,dan doktor pasang hos supaya mama senang kencing,sebab mama tak boleh jalan sudah pg tandas,doktor arahkan sy setiap satu jam air kencing yg ada dalam plastik tu sy harus cek berapa banyak dan tulis dalam report,jam12.30 doktor datang lagi kali tu dia beritahu sy 15minit lagi mama akan di kirim ke HQE,tolong siapkan apa yg perlu,sy terus call babah dan babah cakap tunggu dia datang,tepat jam1 ptg babah pun sampai,masa tu kami sudah sedia cuma tunggu babah saja,ambulans juga sudah sedia tunggu di luar,mama di tolak untuk di masuk kan dalam ambulans.sy dan babah ikut kereta ambulans utk temankan mama,baju sy pun tidak bawa babah tak sempat,hampir jam 5ptg kami sampai di HQE,dan mama trus di masukan ke wad tingkat 6,babah call kaka sy supaya bawa barang2 keperluan kami esok,malam tu sy dan babah jaga mama,sampai pagi pun tidak tidur,mama menangis kesakitan,sy hairan kenapa perut mama semakin besar,doktor beritahu babah mau buat operation tapi sudah mama di tolak masuk ke bilik pembedahan tekanan darah & nadi mama tiba2 rendah,sedangkan sebelum mama di masukan ke bilik pembedahan itu semuanya stabil,mama di keluarkan semula,satu hari masa tu ada 3kali mama keluar masuk bilik pembedahan masih hal yg sama juga,perut mama semakin besar seperti orang hamil anak kembar,doktor cucuk badan mama sampai 4,kiri dan kanan perut mama doktor cucuk untuk keluarkan air tapi yg kluar adalah darah,bahagian dada mama pun sma kiri dan kanan doktor cucuk juga mau cek line dalam badan,tapi perut mama still sama juga semakin hari semakin besar,doktor cek tiada kesan penyakit ,tapi perut mama masih besar,yg buat sy sedih bila mama merintih dan menangis kesakitan,babah ingat nak bawa satu orang tua yg pandai mngubat kampung tapi tak kesampaian, khamis tu doktor tutup sma kapas mata mama sy bila tanya kenapa dia cakap supaya tidak kena pancaran cahaya,hari khamis tu juga ramai saudara2 datang melawat,sebelah mama dan babah,saudara di brunei dan dubai juga ada,petang tu babah cakap suruh sy dan abang ipar sy balik kampung malam ni utk kemas2 rumah,kaka sy yg mngantikan tempat sy untuk jaga mama,sebelum balik sy cium mama,dan sy cakap sy balik dulu,esok sy datang lagi jumpa mama,sampai rumah jam10.30mlam,malam tu baru sy rasa lapar sangat,sy pergi rumah ngangah(sister babah)nak minta makanan ngee π tak malu kan,manja dengan ngangah tak kisah pun,rumah ngagah pun tak la jauh 2mint sampai,sy nampak maci (sister babah)sy dari brunei baru sampai juga katanya esok nak tengok mama,maci paling rapat sama mama,selepas makan sy balik dan terus tidur,pada hari jumaat 18.12.2004,jam4pagi..ada orang ketuk pintu rumah,sy dengar suara paci(abang babah) sy bercakap sama abg ipar sy,dan paling jelas sy dengar jangan beritahu si'piluk'(it's me) paci sy memang panggil sy nama piluk,ada story sebalik nama piluk yg diberikan pada sy.ππ..abaikan..dengar nama sy di sebut sy terus keluar dari bilik dan pergi ke ruang tamu,masa tu paci sy sudah balik,dan abg ipar sy masih berdiri depan pintu rumah,abg ipar sy cepat2 sapu air mata dia dan cakap tiada apa2,tapi sy nampak abg ipar sy menangis,denyutan jantung sy semakin cepat,suara sy agak mendatar dan tanya kenapa?,abg ipar sy tak nak betitahu sy tapi 3 4 kali sy tanya soalan yg sama,dia pun akur dan beritahu sy yg mama telah meninggalkan kami buat selama2 nya,πππ,sy terus menangis dan rasa seluruh angota badan Lemah,sy terus terduduk depan pintu rumah sambil menangis,tiada mampu berbuat apa,tangisan sy agak besar sampai abg ipar sy terus keluar rumah sebab dia takut orang lain bersangka buruk,π..berapa minit selepas tu maci sy (sister babah)datang kerumah dia baru nak beritahu hal tu tapi sy dah tahu pula,
'Qys bawa bertenang'ujar maci sy sambil memegang tangan sy,wajahnya jelas kelihatan sayu..hati sy di palu resah,'sy tak mimpi kan?'soal sy perlahan-lahan sambil menentang pandangan maci,'sabar qys ini semua ketentuan daripada dia'sy tergamam di situ,benar segalanya bukan sekadar mimpi..namun adalah satu hakikat yg harus di terima mama sudah tiada,sudah pergi meningggalkan buat selama-lamanya.'maci sy nak tengok mama'tubuh sy sudah kembali longlai,lemah dan selemah-lemahnya,jerihnya mahu menelan hakikat tersebut dunia ini seakan gelita,'bersabarlah selepas semuanya selesai mama mu akan di bawa pulang kesini untuk di kebumikan'sampuk maci sy yg dari brunei tu,rupanya dia pun ikut sekali datang kerumah masa tu.sy terus menangis di bahu maci,sabar?ckup mudah mengatakannya.namun hati yg menanggung beban derita itu hanya TUHAN yang tahu,sakit dan amat pedih di rasakan!
Sebelum tengahari van jenazah sudah tiba di depan rumah,orang ramai sudah sedia menunggu di halaman rumah sy,semua sudah babah uruskan di Kk,mandikan dan sudah di sembahyangkan di masjid likas kk,orang kampung mahu sembahyangkan sekali lagi,dan sebelum di sembahyangkan sy meminta izinkan sy melihat wajah mama buat terakhir kali,cuma bahagian dahi saja yg sy di benarkan lihat,sy cium dahi mama,sungguh wangi baunya seharum kasturi.itulah kali terakhir sy melihat mama.
Bunga-bungaan yang bertaburan di tanah pusara mama di renung sayu.Talkin sudah selesai di baca.seorang demi seorang beredar dari tanah perkuburan.hati sy berat untuk berlalu pergi.semangat sy sudah tiada,bertebaran pergi entah kemana,longlai dan terasa cukup lemah.sy masih tidak mampu menerima hakikat mama sudah pergi meninggalkannya.kesan yg di rasa tidak mampu di luahkan dengan kata-kata.benar sy harus redha,namun setakat mana sahaja sy mampu bertahan untuk bangkit dan berdiri dengan tabahnya.tidak ada upaya lagi rasanya mencari kekuatan untuk meneruskan hidup.
'Adie'lembut suara itu menampar gegendang telinga dan sy berpusing kelihatan wajah babah merenung simpati,'kita balik ya nak?'ajak babah merenung tepat pada anak mata sy yg merah dan bengkak.sy menggeleng perlahan,dan kembali merenung pusara mama.'adie..yang pergi akan tetap pergi.Daripada DIA kita datang,kepada DIA juga kita pulang,kita yg hidup hanya perlu berdoa untuk kesejahteraan dia kat sana,adie kena tabah dan kuat',,kata babah (he always be my director).
Love u babah π..
'Hidup ini satu pilihan..kadang kala takdir tidak seperti impian dan harapan..kerana kita adalah pilihan Allah untuk di uji..istimewa kan menjadi pilihan Allahπ..

